5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T.
KEPADA RASULULLAH S.A.W
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam
saya diisra’ kan sampai ke
langit, Allah S.W.T telah memberikan lima
wasiat, antaranya :
1)
Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana
sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2) Jadikan
cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3) Bersungguh-sungguhlah
engkau mencari syurga.
4) Putuskan
harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa
di tangan mereka.
5) Rajinlah
mengerjakan sholat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta
qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah
datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil
guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna
kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu
mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1)
Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat
kesedaran hatinya.
2) Orang
yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
3) Orang
yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan
ibadahnya.
4) Orang
yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5) Orang
yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6) Orang
yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat
kelurusan agamanya.
7) Orang
yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah
daripadanya." Edoy Permana
Tidak ada komentar:
Posting Komentar